Tentang d-Kocek

Pada masa ini, teknologi telah mengubah gaya hidup kita secara drastik. Ia menjadikan hidup kita lebih selamat, mudah dan cekap. Seperti yang anda lihat, kebanyakannya urusan harian / jual beli berubah kepada dalam talian. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan dengan mudah sambil duduk di sofa sambil menghirup secawan kopi. Apa yang kita perlukan hanyalah Telefon Pintar.

Kenapa bersusah-payah? Permudahkan!

Inilah tujuannya mengapa d-Kocek dibangunkan secara eksklusif untuk ahli Program Komuniti ParadiseLinx. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan tiada sesiapa dalam komuniti yang ketinggalan menikmati kemajuan teknologi atau khususnya ke arah MENDIGITALKAN KOMUNITI.

Di Malaysia, e-wallet adalah seperti cendawan tumbuh dengan pelbagai ciri dan keistimewaan. d-Kocek adalah salah satu daripadanya. Direka sebagai e-wallet yang serba boleh dan komprehensif, kami menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital termaju. d-Kocek berusaha untuk menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, selamat, dan juga untuk menyokong ekosistem digital di kalangan masyarakat.

Dengan d-Kocek, pengguna tidak perlu lagi menggunakan dompet fizikal. Dengan pakej yang sempurna, d-Kocek akan mengambil alih peranan untuk memastikan wang tunai, kad debit / kredit dan maklumat bank anda dalam satu aplikasi tanpa rasa ragu-ragu ia akan dicuri atau hilang.

Berbeza dengan e-wallet yang lain, d-Kocek dihubungkan dengan kad prabayar VISA. Pengguna boleh mengeluarkan wang tunai, membeli-belah dengan fungsi gelombang bayar (paywave), dan menjejaki transaksi perbelanjaan di mana-mana dan bila-bila sahaja.

d-Kocek dimiliki oleh Paradise Linx Sdn Bhd dan telah Ditanda Dagangan (Trademark) pada 7 Mei 2021 dalam Kelas 36 (perkhidmatan pembayaran e-wallet) oleh Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO). Bekerjasama dengan Fasspay sebagai Rakan Pintar, kami membekalkan produk asas teknologi kewangan (fintech) yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.

Kami percaya, d-Kocek akan menjadi e-wallet yang paling berjaya ke arah membina MASYARAKAT TANPA TUNAI dengan ciri yang lebih komprehensif, lebih banyak peniaga dan program ganjaran yang menarik. Kami akan memastikan orang berkata, "No d-Kocek, No talk."

Nilai Utama

Dari Komuniti, Kepada Komuniti

Kami di sini berdiri bersama komuniti untuk membina komuniti yang berdaya saing dan produktif.

Membimbing, Membimbing, Membimbing

Kami tidak mahu sesiapa ketinggalan. Kesedaran adalah yang paling penting sekarang.

Selamat & Cekap

Jangan percaya pada mitos. Percaya pada kami. Data dan wang anda disimpan dengan selamat bersama kami.
Sebaliknya, pengurusan kewangan anda akan menjadi lebih cekap. Itulah ironinya.

Ekosistem Baharu, Lebih Banyak Peluang

Orang dahulu kata peluang datang hanya sekali. Kami berkata peluang datang berulang kali. Mulakan langkah anda sekarang.

RAKAN PINTAR d-Kocek

PENJENAMAAN BERSAMA d-Kocek

Pendaftaran tanpa SSM (individu)

Pendaftaran tanpa SSM (individu)

Pemilik Tunggal / Perkongsian

Pemilik Tunggal / Perkongsian

Sdn. Bhd.

Sdn. Bhd.